Tayangan Fast & Furious 9, Black Widow tidak akan ditunda

Fast & Furious 9 bakal ditayangkan Mei nanti.

Seperti yang semua sedia maklum gara-gara penularan Covid-19 beberapa filem terpaksa ditunda.

Mungkin bimbang ia akan menjejaskan kutipan tiket kerana orang takut untuk keluar dan berkumpul di tempat-tempat umum.

Bagaimanapun difahamkan tayangan filem Black Widow, Mulan dan Fast & Furious 9 akan diteruskan.

Menurut The Hollywood Reporter, Disney Studio bersedia untuk meneruskan apa yang telah mereka rancang untuk filem Mulan.

Mulan akan tetap dikeluarkan pada akhir bulan ini, manakala cerita Black Widow lakonan Scarlett Johansson mula ditayangkan pada bulan Mei ini.

Bagi Fast & Furious atau “F9” bakal mengikut jejak langkah Mulan dan Black Widow dengan meneruskan tayangan filem mereka pada bulan Mei nanti.

Black Widow lakonan Scarlett Johansson tetap ditayangkan ikut jejak langkah Mulan.

Sebelum ini, James Bond : No Time to Die diumumkan tangguh sehingga November ini.

Penerbit filem James Bond, Michael G Wilson dan Barbara Broccoli mengesahkan bahawa filem terakhir Daniel Craig telah ditunda sehingga pada 12 November di UK dan 25 November di Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan, MGM dan Universal berkata: “Selepas pertimbangan yang teliti dan penilaian menyeluruh mengenai pasaran global, tayangan No Time to Die akan ditangguhkan sehingga November 2020.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]