DAP pecat 3 Adun sokong gabungan baru

DAP memecat Norhizam Hassan Baktee, Paul Yong dan A Sivasubramaniam.

KUALA LUMPUR: DAP memecat 3 Adunnya di Perak dan Melaka yang menyokong Perikatan Nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dari Perak, serta Adun Pengkalan Batu di Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Yong dan Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti, manakala Norhizam menyokong Perikatan Nasional.

Pada 2 Mac lalu, Norhizam yang juga timbalan pengerusi DAP Melaka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri baru di bawah Perikatan Nasional.

Yong dan Sivasubramaniam pula mengisytiharkan mereka wakil rakyat bebas dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional kelmarin.