Gempar… Anak babi berwajah manusia di Venezuela

Anak babi ini turut dikatakan mempunyai rambut selepas dilahirkan. (Gambar Newsflash)

Sebelum ini jika kita dikejutkan dengan anak kambing, ikan berwajah manusia dan kini tular pula seekor anak babi berwajah manusia.

Video yang menunjukkan seorang lelaki warga Venezuela memegang seekor anak babi mutan, yang dilahirkan dengan wajah seperti manusia dilaporkan berlaku di kawasan Quebrada Arriba di wilayah Torres di Venezuela.

Kelahiran anak babi ini ternyata menggemparkan penduduk tempatan dan kumpulan penternak lain.

Menurut mereka, anak babi itu dilahirkan dengan “mata manusia” dan mempunyai rambut lapor Daily Star.

Menerusi video tersebut menunjukkan, seorang lelaki memegang seekor babi yang ditutup dengan kain sebelum mengangkatnya menghala ke arah kamera dan difahamkan ia baru lahir lebih kurang 3 jam.

Bagi negara-negara di Amerika Selatan, kelahiran pelik seperti ini dikaitkan dengan penggunaan racun perosak yang berlebihan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]