Hebat… Budak lelaki 13 tahun tembak babi hutan

Budak lelaki 13 tahun berjaya menembak seekor babi liar 181kg yang sering memusnahkan tanaman dan haiwan ternakan petani.

Jika terdapat haiwan yang memusnahkan tanaman pasti anda akan berasa marah.

Namun apa yang dilakukan seorang budak lelaki berusia 13 tahun sememangnya sukar dipercayai.

Ini kerana budak lelaki itu berjaya menembak seekor babi liar kira-kira 181kg yang sering memusnahkan tanaman dan haiwan ternakan petani.

Scout Neece membunuh haiwan berkenaan dengan satu tembakan ketika menyertai bapanya Steve, memburu di Columbus, Texas, baru-baru ini.

Menurut Steve, dia memberitahu anaknya bahawa babi liar sebesar itu sememangnya sukar untuk dijejak kerana ia bijak bersembunyi.

“Ia adalah saat yang membanggakan saya sebagai seorang ayah,” kata Steve kepada Houston Chronicle memetik laporan Metro.co.uk.

Babi liar merupakan satu ancaman besar kepada golongan para petani di negeri tersebut.

Dianggarkan kos kerosakan akibat haiwan tersebut kepada bidang pertanian mencecah RM220 juta setiap tahun, mengikut Texas A & M Natural Resources.

Neece berkata, para petani telah memberitahunya bahawa mereka kerugian sehingga RM105,825 sebulan dek kerana kerosakan yang dilakukan haiwan tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]