7 bekas exco Perak dijadual menghadap Sultan Nazrin hari ini

Pada Isnin bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM mendapat sokongan majoriti 32 untuk membentuk kerajaan negeri baru.

IPOH: Tujuh daripada 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak dijangka menghadap Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Menurut sumber, 7 bekas exco daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini, pada jam 5 petang.

Pada Selasa Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan pelucutan jawatan semua anggota exco berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM mendapat sokongan majoriti 32 Adun daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.