Covid-19: UITM tangguh konvokesyen

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara hari ini mengambil langkah proaktif menangguhkan istiadat konvokesyen ke-92 demi kesihatan dan keselamatan warganya selepas Covid-19 diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini.

Penangguhan itu mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan semalam dan berkuat kuasa serta-merta.

Ia melibatkan istiadat di UITM Shah Alam dan kampus cawangan universiti itu.