Gereja Katolik tangguh perhimpunan sehingga 29 Mac

Penganut Kristian berkumpul di gereja tertua di negara ini, St John’s Cathedral, Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keuskupan Agong Kuala Lumpur menggantung semua perhimpunan hujung minggu dan hari bekerja dari 14 hingga 29 Mac berikutan wabak Covid-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, gereja itu menggesa penggantungan sebagai “langkah sementara dalam menghadapi krisis semasa”.

“Keuskupan Agong Kuala Lumpur membuat penyusunan untuk menghebahkan perhimpunan pada hujung minggu dalam pelbagai bahasa utama dan perhimpunan hari bekerja dalam bahasa Inggeris.”

Ia menambahkan semua kelas soal jawab agama perlu dibatalkan termasuk program berkaitan serta aktiviti termasuk perhimpunan persahabatan.

“Mana-mana majlis perkahwinan atau pengkebumian akan dikendalikan secara tertutup dengan tetamu yang terhad kepada ahli keluarga terdekat dan kawan rapat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut ditandatangani bersama Ketua Uskup Kuala Lumpur Julian Leow, Uskup Melaka-Johor Bernard Paul dan Uskup Pulau Pinang Sebastian Francis.

Bagaimanapun, ia mengatakan gereja-gereja, gereja kecil dan bilik-bilik berdoa akan tetap dibuka untuk sesi berdoa peribadi, sementara paderi masih diperlukan untuk menawarkan diri bagi perhimpunan secara tertutup.

Bulan lalu, Gereja Katolik di Singapura menggantung semua perhimpunan pada hujung minggu dan hari bekerja bagi mencegah penyebaran Covid-19.

Ketua Uskup Katolik Singapura William Goh berkata langkah itu adalah untuk meminimumkan risiko wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah dan paderi.

Putrajaya juga berkata ia akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan arahan kepada masjid untuk membatalkan solat Jumaat jika Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda penambahbaikan.

Menteri baru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, Zulkifli Mohamad al-Bakri, juga mengeluarkan garis panduan untuk umat Islam yang menghadiri perhimpunan agama, berikutan pengesahan pihak berkuasa kesihatan bahawa seorang lelaki yang menghadiri ijtimak tabligh selama 3 di sebuah masjid di Kuala Lumpur diuji positif Covid-19.