Gila… Jilat tong sampah mahu dijangkiti Covid-19

Lea jilat tong sampah dalam salah satu aksi spontannya.

Sebagai manusia normal sudah pasti seboleh-bolehnya elak daripada dijangkiti virus Covid-19.

Namun ada juga manusia gila yang sengaja “cari pasal” mahu dijangkiti wabak yang sehingga kini belum ada vaksin itu.

Memang sangat tidak masuk akal namun itulah yang berlaku terhadap seorang penyampai radio di Switzerland, Lea Inderbitz.

Dia memulakan kempen tersebut dengan menjilat tangan pelawak Switzerland, Hazel Brugger baru-baru ini lapor Daily Star.

Bukan setakat tong sampah, Lea juga menjilat tiang namun sebenarnya ia hanya lakonan.

Dia kemudiannya turun ke jalanan dan menjilat mesin tiket, tong sampah, tiang dan bas.

Rakaman aksi berkenaan kemudiannya menjadi tular dan menerima kecaman orang ramai.

Bagi mereka ia bukan satu perbuatan yang kelakar.

“Kamu buat saya rasa nak muntah. Harap syarikat radio kamu diberikan hukuman.

“Bukan sekadar virus ini, tapi kamu melakukan sesuatu yang jijik jika orang lain turut menyentuh permukaan sama,” tulis netizen.

Lea kemudiannya mengaku video tersebut hanyalah palsu dan ia merupakan lakonan semata-mata.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]