Matta jangka RM150 juta ‘hangus’ akibat Covid-19 pada musim cuti sekolah ini

Industri pelancongan dijangka menerima kesan buruk akibat penularan penyakit Covid-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata, industri pelancongan dijangka mengalami kerusgian sehingga RM150 juta pada musim cuti sekolah akan datang berikutan wabak Covid-19.

Timbalan presiden Matta Mohd Akil Yusof berkata, ini termasuklah kerugian sebanyak RM52.5 juta dalam perjalanan umrah, yang biasanya meningkat pada masa itu.

Beliau berkata, perjalalan umrah pada musim cuti biasanya bertambah antara 1,000 hingga 1,500 orang setiap hari dengan harga pakej purata sebanyak RM5,000.

Dalam pada itu naib presiden Matta bagi perjalanan ke luar negara Cynthia Tan berkata, industri pelancongan dijangka kehilangan hasil sehingga RM100 juta dalam tempoh 2 minggu cuti persekolahan pada Mei ini.

Beliau berkata, pada masa itu orang ramai biasanya memilih perjalanan lebih mahal dan jauh seperti melawat negara Eropah.

Katanya masa cuti pada Mei tahun ini berlaku serentak dengan cuti Hari Raya.