Covid-19: Botol sanitizer di hospital pun dicuri

Sanitizer dicuri daripada Hospital Northampton (Gambar media Kennedy)

Gara-gara panik ekoran penularan wabak Covid-19, banyak orang mula bersikap tidak rasional dan adakalanya mementingkan diri sendiri.

Dan ia melibatkan face mask dan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.

Ini kerana stok tersebut ketika di kebanyakan tempat sudah kehabisan stok.

Situasi itu sekaligus menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri cecair pembasmi kuman daripada hospital.

Memetik laporan Metro.co.uk, seorang pegawai paramedik, Jayne Walters mendedahkan pencuri yang tidak bertanggungjawab itu mencuri botol cecair pembasmi kuman yang dilekatkan di dinding Hospital Northampton berdekatan wad pesakit kanser.

Dalam satu posting di Facebook, Jayne menulis: “Ini adalah situasi keadaan ini. Satu botol gel pembasmi kuman ditanggalkan dari dinding bersebelahan unit kanser! Tolong berhenti mencuri gel alkohol! Kami benar-benar memerlukannya,” tulis Jayne.

Sementara itu, seorang jurucakap hospital mendedahkan gel pembasmi kuman dicuri setiap hari.

Malah pihak tidak bertanggungjawab itu turut mengambil botol yang diletakkan di katil pesakit.

“Banyak cecair tangan yang hilang dari katil pesakit kami dan dari meja penyambut tetamu,” kata jurucakap itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]