Covid-19: Malaysia Airlines benar ubah tempahan tiket tanpa had

Perubahan dasar dalam mengubahsuaian tiket diperkenalkan Malaysia Airlines di tengah-tangah wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Malaysia Airlines mengumumkan perubahan dasar bagi penukaran tiket disebabkan Covid-19, menawarkan pengubahsuaian tanpa had untuk tempahan baru dan sedia ada serta percuma kepada pelanggan.

Perubahan dasar itu berkuatkuasa serta-merta dan penumpang dapat menukar tarikh penerbangan dan/atau destinasi mereka. Perbezaan tambang penerbangan untuk destinasi berbeza akan dikenakan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Dis 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Tempahan semula boleh dibuat melalui pejabat jualan tiket, Pusat Hubungan Global di talian 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia), atau melalui ejen yang dilantik syarikat penerbangan itu.

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata industri pelancongan mungkin mengalami kerugian sebanyak RM150 juta semasa cuti sekolah ini disebabkan wabak Covid-19.

Ia juga berkata industri pelancongan mungkin menyaksikan kerugian RM100 juta dalam perjalanan keluar semasa cuti sekolah 2 minggu akan datang, memandangkan orang ramai biasanya membuat perjalanan seterusnya ke destinasi lebih mahal seperti Eropah dalam tempoh itu.