Elak penularan Covid-19, Nepal tutup Gunung Everest untuk pendaki

Nepal tutup semua lokasi pendakian di puncak Himalaya, termasuk Gunung Everest bagi membendung penularan Covid-19.

Nepal menutup semua lokasi pendakian di puncak Himalaya, termasuk Gunung Everest bagi membendung penularan Covid-19.

Seperti diketahui umum, Nepal mempunyai 8 dari 14 gunung tertinggi di dunia termasuk Everest dan memperoleh lebih daripada RM17 juta daripada yuran permit untuk puncak tertinggi di dunia itu dan daripada gunung lain setiap tahun.

Menteri Pelancongan, Yogesh Bhattarai berkata aktiviti pendakian atau ekspedisi ke semua puncak pada musim bunga sepanjang Mac hingga Mei telah digantung.

“Pendakian musim ini telah ditutup.

“Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk itu,” kata Bhattarai kepada Reuters.

Nepal mengesahkan hanya satu kes Covid-19, iaitu seorang pelajar yang pulang dari China.

Pelajar itu diuji bersama 450 orang yang lain, namun hanya dia disahkan positif.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]