Solat Jumaat di WP hari ini diteruskan

Solat Jumaat hari ini bagi Wilayah Persekutuan diteruskan tetapi perlu patuhi garis panduan.

PETALING JAYA: Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan seperti biasa tetapi perlu mematuhi garis panduan.

“Mereka yang ada simptom Covid-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad dalam kenyataan.

Garis panduan juga menetapkan khutbah dipendekkan, dan orang ramai berwuduk di rumah.

“Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan
penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya.

Terdahulu, Perlis mengumumkan solat Jumaat di negeri itu untuk hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.