Wow… Sukan tarik tali guna kepala botak trending di Jepun

2 orang lelaki botak dengan tali dan sepasang pelekat getah yang akan dilekat pada kulit kepala.

Botak adalah satu keadaan bila mana seseorang itu tidak mempunyai sebarang rambut pada kulit kepala.

Terjadi sama ada secara semulajadi, mahupun di cukur.

Khas buat mereka yang botak, terdapat sukan khas untuk anda di Jepun.

khas untuk orang botak, ini sukan tarik tali guna kepala yang botak

“Tarik Tali Botak” atau Bald Head Tug of War, diadakan setiap tahun, dan dianjurkan oleh Kelab Lelaki Botak di Jepun, sejak tahun 1989.

Kedua-dua peserta akan ditarik dan pelekat getah yang tertanggal dikira kalah.

Sehingga kini, ahli kelab berkenaan sudah mempunyai 65 orang ahli.

Sukan berkenaan memerlukan 2 orang lelaki botak dengan tali dan sepasang pelekat getah yang akan dilekat pada kulit kepala.

Selepas pengadil bersedia, kedua-dua arah akan ditarik dan pelekat getah yang tertanggal dikira kalah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]