Annuar Musa dilantik setiausaha agung BN ganti Ku Nan

Annuar Musa dilantik sebagai setiausaha agung BN, sementara Tengku Adnan Mansor kekal sebagai bendahari gabungan itu.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) melantik Annuar Musa sebagai setiausaha agung baru gabungan politik itu menggantikan Tengku Adnan Mansor.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi gabungan itu yang bermesyuarat hari ini.

“Tengku Adnan kekal sebagai bendahari BN.”

Annuar, yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan, digantikan sebagai setiausaha agung Umno oleh Ahmad Maslan baru-baru ini.

Zahid juga mengumumkan pelantikan Sahfri Ab Aziz menggantikan Ahmad Masrizal sebagai setiausaha eksekutif BN.

Ahmad, seorang senator, dilantik sebagai timbalan menteri alam sekitar dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.