Britain akan asing warga emas 70-an ketika kematian Covid-19 meningkat

LONDON: Britain akan mengasingkan warga masih dalam masa beberapa minggu lagi dan mengenakan kuarantin ke atas mana-mana orang yang didiagnos ada koronavirus, kata kerajaannya ketika ia menggiatkan langkah yang tidak seketat di Eropah.

Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata orang berusia 70-an akan dilindungi daripada virus dengan mengasingkan diri sendiri selama 4 bulan, dan pengumumanya dalam minggu-minggu akan datang.

Britain mengambil pendekatan menangani koronavirus yang berbeza dengan negara Eropah seperti Italy, Sepanyol, dan Perancis yang mengenakan sekatan keluar masuk yang ketat bagi memperlahankan penyebaran penyakit itu.

Bilangan warga Britain yang meninggal dunia kerana koronavirus naik 14 orang kepada 35 dalam tempoh 24 jam lalu, manakala jumlah orang yang didiagnos naik 20% kepada 1,372, kata pihak berkuasa kesihatan semalam.