Cukai eksport 5% dikenakan ke atas minyak sawit mentah pada April

Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar dan pengeksport terbesar minyak sawit dunia.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengenakan cukai eksport sebanyak 5% ke atas minyak sawit mentah (MSM) bagi April 2020.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, cukai bagi Mac 2020 ditetapkan pada 6%.

Menurut laman web MPOB, agensi itu berkat,a harga rujukan minyak sawit dikira pada RM2,631.07 satu tan berkuat kuasa bulan depan dan tiada cukai akan dikenakan ke atas harga MSM di bawah harga RM2,250 satu tan.

Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar dunia dan pengeksport terbesar minyak sawit.