Individu pertama dijangkiti Covid-19 di dunia berjaya dikesan?

Pekerja perubatan memberi rawatan kepada pesakit baru coronavirus di sebuah hospital di Wuhan, Hubei. (Gambar AP)

Penularan wabak Covid-19 kini berada dalam situasi yang membimbangkan di seluruh dunia.

Beberapa negara telah isytihar darurat dan Malaysia sendiri telah mencatatkan 428 kes positif Covid-19.

Sudah tentunya sejak keluar berita tentang wabak ini, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang pertama yang dijangkiti virus tersebut.

Menurut SCMP, data kerajaan China akhirnya berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti Covid-19 dan sebenarnya individu tersebut telah disahkan positif seawal November 2019 lagi.

Individu pertama dijangkiti virus ini dikatakan seorang warga emas berusia 55 tahun yang berasal dari wilayah Hubei, China, iaitu pusat bermulanya wabak Covid-19 ini.

Bagaimanapun, media itu dilaporkan tidak mendedahkan nama serta identiti individu terbabit.

Beberapa doktor di China juga berkata mereka hanya menyedari tentang penularan wabak ini pada akhir Disember.

Bermakna, penemuan ini bukanlah benar-benar konklusif kerana beberapa kes positif disahkan sebelum wabak ini dikesan.

Ketika itu, pihak perubatan telah pun menjalankan ujian kepada beberapa individu yang disyaki dijangkiti.

Dengan pemahaman bagaimana virus ini merebak serta mengetahui bagaimana kes-kes tidak dikesan dan dicatat dalam penularan Covid-19, penyelidik berharap mereka dapat menentukan skala sebenar kepada tahap bahaya virus ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]