Kucing mendiang Sulli, Goblin dijaga oleh rakannya aktres Kim Sun-ah

Kucing yang diberi nama Goblin milik mendiang Sulli kini dijaga sahabatnya Kim Sun-ah. (Gambar Instagram)

Selepas kematian bintang K-Pop terkenal, Sulli, kucing peliharaannya yang diberi nama Goblin kini di jaga oleh sahabatnya aktres Kim Sun-ah.

Menurut laporan Soompi pelakon Kim Sun-ah, 25, memuat naik sekeping gambar kucing di Instagram peribadinya pada Jumaat.

Kim Sun-ah berkawan rapat dengan Sulli selepas mereka berlakon bersama dalam filem Real pada tahun 2017.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu bercakap mengenai hal ini, saya tidak punya percaya diri untuk menjaga Goblin.

“Sudah sekian lama saya membawa kucing ini ke rumah, dia sangat disukai dan comel hanya untuk saya lihat, jadi marilah kita semua melihatnya. Saya sayang awak, Goblin,” katanya.

Sulli meninggal dunia pada Oktober kerana dipercayai akibat bunuh diri pada 14 Oktober tahun lalu.

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri telah menjadi sasaran pembuli siber dan pernah berkongsi tentang perjuangan mentalnya. Kucing Goblinnya kerap muncul di Instagram story dan postnya.

Sebelum ini, Goblin dijaga oleh ahli kumpulan Super Juior, Heechul selepas kematian Sulli.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]