Menarik… Arahan kuarantin tidak halang penduduk Itali menyanyi dari balkoni

Penduduk Itali memain alat muzik dan menyanyi sebagai menghiburkan hati mereka dek kerana arahan kuarantin oleh kerajaan. (Gambar Youtube)

Ekoran sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) oleh kerajaan Itali yang meminta kira-kira 60 juta penduduknya berkurung dalam rumah elak penularan Covid-19, penduduknya mula melakukan aktiviti masing-masing di balkoni mereka.

Sekumpulan penduduk di sebuah kawasan perumahan di Itali menghiburkan hati masing-masing dengan aktiviti menyanyi bersama-sama.

Lapor Metro.co.uk video yang tular di laman sosial memaparkan penduduk yang tinggal di apartmen menyanyi dan bermain alat muzik beramai-ramai daripada balkoni kediaman masing-masing.

Selain menyanyi mereka juga bertepuk tangan sebagai menyokong gerakan yang dibuat semua penduduk. (Gambar Youtube)

Bukan sahaja menghiburkan hati sendiri di kala kebimbangan ekoran peningkatan kes Covid-19 setiap hari, tindakan itu juga untuk menaikkan semangat jiran yang lain.

Video itu dimuat naik oleh seorang penduduk di kejiranan berkenaan dan berkata: “Orang kampung Siena menyanyi lagu popular dari rumah mereka di sepanjang jalan yang kosong untuk menghiburkan hati mereka semasa dikuarantin.”

Perdana Menteri, Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam serta tempat-tempat lain di seluruh negara.

Sehingga Sabtu, Itali mencatatkan 17,660 kes Covid-19 dengan angka korban sebanyak 1,266 kes.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]