Terbaik… Vietnam hasilkan bilik steril bergerak mampu hapuskan 90% bakteria, virus

Elak penularan Covid-19, Hanoi hasilkan bilik steril bergerak. (Gambar Tienphong)

Ketika Asia Tenggara sedang bergelut memerangi Covid-19 ketika ini, salah satu negara iaitu Vietnam tampil dengan inovasi baru yang dapat membantu mengurangkan impak penularan virus berbahaya itu.

“Mobile sterilisation chambers” atau mungkin boleh kita katakana sebagai “bilik steril bergerak” ini direka oleh Insitute of Occupational Health and Environment dengan kerjasama Hanoi University of Science and Technology.

Menurut laporan TipsMake, sistem ini direka berdasarkan kefahaman prinsip penggunaan larutan garam terionisasi (ionized saline solution) dalam bentuk semburan ke seluruh badan berupaya mematikan semua kuman di permukaan badan manusia.

Justeru, semua larutan disinfectant ini dihasilkan khusus bagi tujuan tersebut dengan memastikan ia selamat dan tidak akan menjejaskan kawasan kulit sensitif.

Dengan menggunakan larutan garam terionisasi (ionized saline solution) dalam bentuk semburan ke seluruh badan berupaya mematikan semua kuman di permukaan badan manusia. (Gambar Tienphong)

Jadi bagaimana ia berfungsi? Seorang individu hanya perlu masuk ke dalam bilik atau ruang kecil tersebut dan berdiri sementara seluruh badan mereka disembur oleh cecair khas tersebut.

Difahamkan, proses tersebut hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 saat dan ia boleh menampung kapasiti 1,000 individu setiap hari.

Proses tersebut hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 saat dan ia boleh menampung kapasiti 1,000 individu setiap hari. (Gambar Tienphong)

Dan hasil kajian mendapati, lebih 90% bakteria dan virus di permukaan badan dan pakaian berjaya dihapuskan selepas melalui semburan tersebut.

Malah, bilik khas itu turut direka agar ia boleh dibuka dan dipasang semula di lokasi-lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setakat ini, ia telah mula diletakkan di beberapa kawasan khas seperti di pintu masuk klinik kesihatan, pusat rawatan dan sekolah-sekolah di sekitar Hanoi sejak Februari lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]