Facebook, Microsoft, Google kerjasama tangani maklumat palsu Covid-19

LOS ANGELES: Facebook, Alphabet Inc’s Google, Microsoft Corp, Twitter Inc dan Reddit berkata mereka kini menjalin kerjasama dalam menyediakan maklumat sahih menganai koronavirus dan Covid-19.

“Kami membantu jutaan individu untuk kekal berhubung dan dalam masa sama berusaha membanteras maklumat palsu yang disebarkan mengenai virus itu dengan meningkatkan kandungan berwibawa di platform kami dan berkongsi maklumat penting dalam penyelarasan dengan agensi penjagaan kesihatan kerajaan di seluruh dunia,” menurut kenyataan bersama syarikat yang dikeluarkan pada Isnin.

LinkedIn dan YouTube juga sebahagian daripada kumpulan itu.

Firma gergasi teknologi dan rangkaian sosial itu berkata syarikat lain dialu-alukan untuk menyertai usaha mereka.

Pejabat Dasar Sains dan Teknologi Rumah Putih pada Isnin mengatakan akan terus mengadakan beberapa pertemuan dengan kumpulan syarikat teknologi Amerika dan persatuan industri berlainan sebagai sebahagian langkah menangani Covid-19. ”

Sebahagian syarikat termasuk Facebook dan YouTube, menyatakan komitmen mereka memerangi maklumat palsu mengenai Covid-19 sebelum pengumuman dibuat pada Isnin.