Jijik… Wanita jilat tandas konon buat ‘Covid-19 challenge’

Wanita sengaja raih perhatian dengan melakukan ‘Covid-19 challenge’ raih RM12,000 gara-gara jilat tempat duduk tandas. (Gambar Twitter)

Nak kata bodoh, muka cantik tapi itulah sikap seorang wanita yang bertindak jilat tempat duduk tandas.

Video Tiktok yang dimuat naik oleh seorang wanita tular menunjukkan dia menjilat permukaan tempat duduk tandas dan menamakannya sebagai “Covid-19 Challenge”

Kejadian tersebut dipercayai dilakukan di dalam sebuah kapal terbang dan mendapat kecaman semua yang menontonnya.

Namun, wanita tersebut yang dikenali sebagai Avalouiise mempertahankan dirinya dengan alasan sudah mencuci tempat duduk tandas terbabit dengan menggunakan Clorox selama 40 minit sebelum menjilatnya.

Setelah video itu dimuat naik, dia juga mendakwa dia masih sihat dan tidak mengalami simptom-simptom Covid-19.

Namun, yang paling pelik, Avalouiise dilihat seperti suka dengan perhatian yang diberikan oleh netizen terhadapnya.

Selain itu, dia juga dikatakan telah menjana lebih kurang RM12,000 daripada video yang tular itu.

Kebodohan wanita itu juga mendorong pengguna Tiktok yang lain memuat naik video mereka dengan menjilat tombol pintu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini kerana ia juga boleh membuatkan orang terkena tempiasnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]