Sekolah di AS beri makanan percuma kepada isi rumah dijangkiti virus

(Gambar AP)

ALEXANDRIA: Beg kertas makan tengah hari dilihiat dikumpulkan di luar pekarangan Sekolah Tinggi TC Williams di Alexandaria, Virginia.

Seperti kebanyakan institusi lain di seluruh Amerika Syarikat, sekolah terbabit ditutup berikutan coronavirus. Ia kini menjadi pusat pengumpulan makanan bagi pelajar yang memerlukan dan terkandas di rumah.

Dalam beg terbabit ada sandwich mentega kacang, keju, buah, roti dan susu – hidangan percuma sarapan dan makan tengah hari biasanya diberikan kepada pelajar ketika mereka di sekolah.

“Saya dapat pesanan daripada seseorang pagi tadi ke mana harus saya pergi,” kata Nada, ibu kepada seorang murid berusia 6 tahun yang berbangsa Maghribi.

“Saya tidak mendaftar, jadi saya hanya layak dapat makanan tengah hari. Saya akan datang kembali esok untuk dapatkan hidangan percuma untuk 4 hari. Saya amat memerlukannya,” katanya.

Sejak Jumaat lalu, sekolah awam di kawasan pinggir bandar di Washington menerima 5,000 permohonan untuk medapatkan hidangan percuma itu.

Ibu bapa untuk kanak-kanak berusia antara 2 hingga 18 tahun boleh mendaftar dalam talian setiap hari atau untuk seminggu untuk mendapatkan hidangan percuma. Mereka boleh datang mengambilnya sendiri atau atau hidangan terbabit dihantar.

Menurut Laura Molina, ibu kepada 3 anak, individu yang bertanggungjawab menghantar bekalan makanan setiap hari adalah timbalan polis tempatan, Zackary Trad.

“Saya sangat gembira,” katanya yang berasal dari Salvador dan Honduras.

Molina kini bimbang sejak kes Covid-19 dilaporkan di Washington sejak beberapa minggu lalu.

“Saya bersyukur kelas dibatalkan. Saya bimbang memikirkan keadaan 3 anak saya di sekolah dengan penyebaran wabak yang membahaykan nyawa. Saya lebih rela menjaga mereka di rumah,” katanya.

Sedia membantu

Sementara itu Esther Karo memberitahu khidmat penghataran makanan untuk kanak-kanak adalah anugerah. Dia seorang jururawat dan tidak boleh berhenti bekerja ketika virus itu tersebar.

“Saya gembira, ini bukan sesuatu yang saya bersedia. Semasa krisis, ia adalah sesuatu yang tidak rancang, ini sangat membantu, “katanya.

Dia tinggal di rumah untuk memastikan semuanya berjalan lancar untuk 3 anaknya pada hari pertama perkhidmatan penghantaran dilakukan. Pada masa akan datang, ia akan ditugaskan kepada anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Sistem sekolah awam Alexandria memilik 15,000 pelajar; TC Williams mempunyai 4,000 daripadanya, menjadikannya sekolah menengah terbesar di Virginia.

Kira-kira 60% pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah layak untuk mendapat makanan percuma – ia langkah penting bagi memastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi. Namun, dengan situasi sekolah ditutup, mereka mungkin tidak mendapatnya.

“Terdapat keperluan untuk menyediakan makanan percuma kepada kanka-kanak apabila mereka tidak bersekolah,” jelas Sara Bennett, penolong pengarah Alexandria School Nutrition Services.

“Kami sedia maklum apabila mereka tidak bersekolah, meraka ada di rumah menahan kelaparan.”

Pada hujung minggu, beliau berkata, pihak sekolah menerima permintaan untuk 5,000 hidangan, separuh untuk sarapan pagi dan separuh makan tengahari.

“Permintaan ini semakin meningkat,” katanya sambil menambah khidmat itu akan diteruskan sepanjang sekolah ditutup.

“Tidak pernah terlintas difikiran musibah seperti ini boleh melanda dunia,” kata pengetua sekolah, Peter Balas.

“Dengan cara menghulurkan bantuan seperti ini sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.”