3 rakyat Indonesia sertai acara Sri Petaling positif Covid-19

PETALING JAYA: Tiga rakyat Indonesia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling didapati positif Covid-19, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Akhbar Kompas memetik seorang jurucakap berkata 3 individu berkenaan sedang dirawat di negara ini.

Kira-kira 16,000 orang, termasuk 1,500 orang asing, dilaporkan menghadiri perhimpunan tabligh yang kini dikaitkan dengan beberapa kes di luar negara.

Seorang daripada 2 mangsa yang meninggal dunia semalam juga pergi ke perhimpunan itu awal bulan lepas. Dia tidak memiliki sebarang penyakit sedia ada.