‘Contactless delivery’ dari FoodPanda bantu anda pesan makanan sepanjang di rumah

Penghantaran daripada FoodPanda menggunakan ‘contactless delivery’ demi jamin keselamatan semua.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan untuk 2 minggu ini, syarikat penghantaran makanan FoodPanda memberitahu servis penghantaran makanan mereka akan beroperasi seperti biasa.

Tetapi bagi mengurangkan risiko jangkitan, FoodPanda akan melaksanakan polisi “Contactless Delivery” bermula esok.

Menurut FoodPanda, langkah baru ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan berasa selamat dengan penghantaran yang dilakukan.

Semasa proses pesanan juga, pelanggan atau “rider” boleh memilih untuk khidmat “Contacless Delivery” di dalam mesej.

Melalui “Contacless Delivery” ini, pelanggan perlu melakukan pembayaran secara atas talian sahaja.

“Rider” akan meninggalkan pesanan makanan yang dikirim pada destinasi yang dipilih.

Semasa proses ini, pelanggan dan “rider” perlu mengekalkan jarak sejauh 1 meter di antara mereka.

Dengan syarat berada pada jarak 1 meter dan bayaran perlulah dilakukan menggunakan sistem atas talian. (Gambar FoodPanda)

Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin, FoodPanda ada menyediakan “hand sanitizer” dan topeng muka secara percuma kepada “rider” yang bertugas.

Mereka juga akan diminta untuk mencuci tangan setiap 2 jam dan setiap kali selesai menghantar pesanan.

Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini sehingga 31 Mac ini di mana orang ramai dinasihatkan berada di kediaman masing-masing.

Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu orang ramai memesan makanan dengan cara yang lebih selamat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]