Kesan dijangkiti Covid-19 atau tidak sepantas 30 minit dengan ‘test kit’ MyEG

Ambil darah beberapa titis dan letakkan darah di atas ‘test kit’ Covid-19. (Gambar MyEG)

Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, dilihat sebagai jalan terbaik untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Tidak dinafikan semua orang mulai panik dan bimbang dijangkiti virus yang sehingga kini tiada vaksin lagi.

Bagaimanapun difahamkan MyEG bakal melancarkan kit ujian Covid-19 dalam masa terdekat.

Menurut MyEG, kit ujian Covid-19 ini dibangunkan oleh syarikat diagnostik terkemuka dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di China dimana kini ia digunakan secara meluas.

Untuk pengetahuan anda, kit ujian Covid-19 ini dapat mengesan jika anda dijangkiti virus itu dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit.

Sama seperti ujian kehamilan, jika ada 2 garisan menunjukkan anda positif Covid-19. (Gambar MyEG)

Sama seperti ujian kehamilan atau Aids, anda perlu ambil beberapa titis darah dan letakkan di atas kit tersebut.

Jika selepas 30 minit ada 2 garisan menunjukkan keputusan anda positif Covid-19, dan jika hanya 1 garisan bermakna ujian anda negatif.

Harga untuk kit ujian ini RM99 untuk satu kit dan RM990 untuk satu pek.

Jika anda ingin membeli test kit ini, anda boleh membuat pra-tempahan di laman web MyEG.

Cara penggunaan test kit tersebut juga boleh didapati di laman sesawang MyEG.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]