Wajar contohi… Cara negara luar tangani Covid-19 sewaktu berada di tempat awam

Penduduk China menjarakkan diri dengan orang lain ketika waktu beratur. (Gambar Twitter)

Wabak Covid-19 sudah mencapai tahap pandemik di seluruh dunia.

Banyak negara luar sudah isytihar “lockdown” berikutan virus ini.

Malaysia juga sebagai negara Asia Tenggara mempunyai kes tertinggi mula mengambil langkah sewajarnya apabila Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan “Perintah Kawalan Pergerakan”.

Ia sebagai langkah lebih berjaga-jaga demi memastikan orang ramai peka dengan kesan wabak Covid-19.

Penduduk China akan menjarakkan meja masing-masing daripada orang lain lebih kurang 1 meter. (Gambar Twitter)

Selain Malaysia, beberapa negara luar telah melakukan inisiatif untuk menangani wabak ini dan kebanyakan mereka memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagaimana cara menangani wabak Covid-19 sewaktu berada di tempat awam.

Ia dilakukan tidak kira sama ada makan indoor atau outdoor. (Gambar Twitter)

Menurut posting @jessicatedja di Twitter, dia menunjukkan bagaimana penduduk di negara luar seperti China, Filipina dan Thailand menjarakkan diri dengan orang di tempat awam.

Di China, mereka akan menjarakkan diri dengan orang lain tak kira sama ada waktu beratur mahupun waktu makan.

Di Filipina mereka jarakkan diri dalam gereja dengan menggunakan pita kuning dilekatkan bersilang. (Gambar Twitter)

Mereka akan menjarakkan meja masing-masing daripada orang lain lebih kurang 1 meter.

Tidak kisah sama ada makan di tempat indoor atau outdoor mereka akan tetap menjarakkan diri dengan orang sekeliling.

Ketika menaiki keretapi juga mereka berdiri jarak satu sama lain. (Gambar Twitter)

Manakala di Filipina pula, dalam rumah ibadat mereka akan duduk jarak dengan orang sebelah dengan cara pita kuning akan dilekatkan bagi menunjukkan jarak mereka dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, sewaktu hendak naik keretapi juga mereka beratur dengan jarak yang jauh daripada orang belakang dan depan.

Begitu juga ketika duduk dalam keretapi. (Gambar Twitter)

Di Thailand pula, cara yang mereka tunjukkan cukup menarik perhatian orang ramai di mana kedudukan orang di dalam lif sudah ditetapkan.

Mengikut contoh yang ditunjukkan, orang yang ada dalam lif kena berdiri bertentangan dengan orang lain.

Di Thailand mereka meletakkan tanda berdiri bagi setiap orang hendak menaiki lif. (Gambar Twitter)

Kesemua cara ini boleh dicontohi di Malaysia sebab ini juga merupakan salah satu cara rakyat membantu pihak Kerajaan untuk menangani wabak ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]