Disiplin… Beratur dengan jarak 1m untuk beli makanan

Pekerja menunjukkan cara pelanggan seharusnya beratur. (Gambar Twitter)

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, semua orang tidak lagi dibenarkan untuk makan di luar atau mana-mana restoran termasuklah restoran makanan segera.

Bagaimanapun semua premis makanan ini masih boleh beroperasi tetapi dengan syarat hanya pembelian bawa balik atau penghantaran menggunakan perkhidmatan seperti Grab Food atau FoodPanda.

Sehubungan itu, beberapa syarikat makanan segera seperti KFC mengambil inisiatif dengan membuat beberapa petak dengan jarak 1m.

Ia sebagai langkah terbaik mengurangkan risiko pekerja dan pelanggan daripada jangkitan Covid-19.

Pelanggan mula beratur di dalam petak yang disediakan. (Gambar Twitter)

Menurut perkongsian Cajuwani di Twitter, KFC telah mewajibkan kesemua pelanggan mereka untuk beratur dengan jarak 1m daripada pelanggan yang lain.

Cara yang mereka gunakan adalah dengan menggunakan pita tape yang dibuat dalam bentuk kotak bagi menjarakkan setiap pelanggan.

Syarat pembelian ini sudah bermula semalam. Selain itu, pelanggan juga hanya dibenarkan untuk “take away” sahaja, sesuai dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tindakan bijak KFC ini turut diikuti restoran Marry Brown.

Perkongsian menunjukkan sistematik cara pekerja beratur. (Gambar Twitter)

Rata-rata netizen puji dengan tindakan oleh premis-premis makanan ini.

Namun, ada juga yang berpendapat lagi baik kalau guna “self-service kiosk” untuk mengurangkan interaksi sesama manusia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]