Keluarga sahkan mufti Kelantan di hospital, tepis berita tak benar

Mohamad Shukri Mohamad. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mufti Kelantan disahkan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, tetapi keluarga menepis berita tak benar mendakwa Mohamad Shukri Mohamad dalam keadaan kritikal.

Anaknya, Mohamad Majdi berkata Shukri belum disahkan dijangkiti virus, masih normal, stabil dan dirawat di wad.

“Bukan unit rawatan rapi…minta sahabat semua jangan sebar berita yang tak pasti,” katanya di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan Shukri dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pagi semalam.