Pakar beri amaran topeng muka, sarung tangan tidak hentikan penyebaran Covid-19

Nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia kekal tidak berubah: Cuci tangan anda, jangan sentuh muka anda, dan jaga jarak anda. (Gambar AFP)

Pemakaian topeng muka dan sarung tangan tidak menjamin seseorang itu terhindar daripada dijangkiti wabak Covid-19!

Sebaliknya menurut pakar perubatan, penjagaan kebersihan diri adalah langkah terbaik dalam mencegah penularan virus berkenaan.

Malah katanya ia mungkin menyebabkan jangkitan lebih cepat merebak.

Beberapa negara besar seperti di Itali, Sepanyol dan France telah menguatkuasakan ‘lockdown’, namun WHO tetap menegaskan amalan membasuh tangan yang betul, guna pembersih tangan beralkohol, tidak memegang muka dan elak berhubung rapat dengan individu yang tidak sihat.

WHO tetap menasihatkan orang ramai untuk terus memakai topeng pelindung di khalayak ramai sekiranya anda mengesyaki anda dijangkiti atau seseorang yang anda rasakan dijangkiti Covid-19.

“Ada had untuk bagaimana topeng boleh melindungi anda daripada dijangkiti dan perkara yang paling penting yang boleh dilakukan oleh semua orang adalah mencuci tangan anda, jauhkan tangan anda dari wajah anda, sentiasa mementingkan kebersihan sangat perlu,” kata Pengarah Kecemasan WHO Mike Ryan.

Nasihat itu dilihat sangat penting sekiranya anggaran WHO bahawa pekerja kesihatan di seluruh dunia memerlukan sekurang-kurangnya 89 juta topeng setiap bulan untuk merawat kes Covid-19.

Ketika ini kekurangan bekalan topeng untuk pasukan perubatan profesional di seluruh dunia, menjadi satu kebimbangan di saat wabak pandemic ini semakin menular.

“Saya terkejut melihat tingkap di kementerian saya banyak orang di jalan memakai topeng ketika itu tidak seperti yang kami cadangkan,” kata Menteri Kesihatan Perancis Olivier Veran pada Isnin.

Mariam, 35, memberitahu AFP dia memakai topeng muka dan sarung tangan kerana dia mempunyai seorang ibu tua.

Menurut pakar perubatan professional, dengan memakai topeng muka tidak semestinya memberi jaminan mereka akan selamat.

Sebagai contoh, ramai orang yang memakai topeng muka tetapi mereka tidak mengikuti nasihat rasmi untuk mencuci tangan dengan teliti terlebih dahulu.

Sama juga dengan sarung tangan, ia sama sekali, tidak memberikan sebarang perlindungan sebaliknya mampu membuatkan anda lebih sakit.

“Sekiranya orang itu tidak berhenti menyentuh wajah mereka, sarung tangan tidak akan berfungsi,” kata Amesh Adalja, dari Johns Hopkins Centre for Health Security, kepada AFP.

Satu kajian pada 2015 dalam Jurnal kawalan Jangkitan Amerika Syarikat mendapati, orang menyentuh wajah mereka secara purata 20 kali sejam.

Harus diketahui Covid-19 tular melalui sentuhan kulit, memindahkan globules dijangkiti lendir melalui telinga, mata atau hidung.

“Sarung tangan bukan pengganti untuk mencuci tangan anda,” kata Adalja, sambil menambah bahawa sarung tangan pembedahan hanya perlu digunakan dalam keadaan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]