Ryan Reynolds dan isteri derma RM4 juta kepada mangsa Covid-19 kurang berkemampuan

Ryan dan isterinya menderma RM4 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan. (Gambar Instagram)

Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius ke seluruh dunia terus mendapat perhatian beberapa artis terkemuka.

Dan ia termasuklah bagi hero filem Deadpool, Ryan Reynolds yang turut terpanggil untuk memberi bantuan.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya itu, Ryan dan isterinya Blake Lively akan menderma RM4 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan.

“Covid-19 telah memberi kesan yang sangat kejam kepada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

“Saya dan isteri menderma RM4 juta untuk dibahagikan kepada Feeding America dan Food Bank Canada. Jika anda boleh memberi, organisasi ini memerlukan bantuan anda,” tulisnya.

Selain daripada itu, pelakon Hollywood ini juga memberikan nasihat orang ramai untuk selalu menjaga kesihatan.

“Jaga badan dan hati anda. Tinggalkan ruangan untuk kegembiraan dan hubungi seseorang yang terpencil dan mungkin memerlukan bantuan,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]