Wanita kedua tertua 103 tahun pulih jangkitan Covid-19

Rawatan yang diberikan oleh pasukan perubatan banyak membantu pesakit untuk pulih daripada Covid-19 di salah sebuah hospital di Tehran. (Gambar AP)

Seorang wanita Iran berusia 103 tahun berjaya pulih daripada Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut rektor Universiti Sains Perubatan Semnan, Nevid Danayi, wanita itu dibenarkan keluar hospital selepas disahkan pulih sepenuhnya.

Dan dia menjadi warga tertua kedua yang sembuh daripada Covid-19.

Bagaimanapun, Danayi tidak mendedahkan butiran identiti mangsa.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa China mendedahkan seorang individu juga berusia 103 tahun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan selama 6 hari.

Statistik di seluruh dunia ketika ini menunjukkan lebih 198,500 kes disahkan, jumlah kematian pula mencecah lebih 7,900 orang manakala lebih 82,500 pesakit pulih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]