Comel… 14 ekor gajah ‘mabuk’ sehingga tertidur gara-gara terminum wain jagung

Gajah dirakam tertidur dalam sebuah kebun selepas terminum 30kg wain jagung. (Gambar Facebook Epicalyptic)

Di saat penduduk dunia sedang menjalankan perintah berkurung dan “social distancing”, lain pula perkara yang terjadi di sebuah kampung di daerah Yunan, China apabila 14 ekor gajah memecah masuk kampung tersebut untuk mencari makanan.

Bagaimanapun apa yang melucukan apabila terdapat gambar yang dikongsikan di laman Facebook Epicalyptic menunjukkan gajah tersebut sedang tidur nyenyak dalam ladang teh berhampiran kampung tersebut.

Berdasarkan posting facebook itu, gajah tersebut tanpa sengaja telah terminum hampir 30kg wain jagung yang terdapat disitu.

Netizen yang meninggalkan komen rata-rata menyifatkan ia satu perkara yang lucu untuk dilihat.

Malah ada juga komen yang berkongsi pengalaman berjumpa dengan haiwan yang tidak sengaja termakan makanan yang mampu mengkhayalkan.

14 ekor gajah menceroboh kebun penduduk di Yunan, China. (Gambar Facebook Epicalyptic)

Secara logiknya kemungkinan besar tindakan gajah ini menceroboh kampung tersebut disebabkan habitat asal mereka terjejas hingga tiada sumber makanan.

Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat 264,000 share dan menerima 58,000 komen.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]