‘Contagion’ filem ramal wabak Covid-19?

Filem Contagion mungkin ada sedikit persamaan dengan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. (Gambar 1mdb)

Banyak juga teori konspirasi yang timbul akibat kemunculan wabak Covid-19.

Ada yang kata Amerika Syarikat sengaja cipta virus ini untuk mengalahkan kerajaan China.

Namun sejauh mana kebenaran dakwaan ini tiada siapa yang tahu.

Terdapat satu filem dari Amerika Syarikat, “Contagion” yang berkisar tentang wabak yang juga bermula dari kelawar dan khinzir.

Ia sama macam apa yang dikatakan punca wujudnya wabak Covid-19.

Seorang pengguna Twitter, kongsikan kemungkinan filem ini merupakan ramalan wabak Covid-19.

Salah satu babak menunjukkan mereka perlu memakai pakaian perlindungan elak daripada dijangkiti wabak yang sedang menular. (Gambar 1mdb)

Filem ini yang ditayangkan pada 2011 difahamkan telah diinspirasikan daripada kejadian wabak SARS yang melanda dunia sekitar tahun 2003 dan wabak “swine flu” pada 2009.

Selain itu, dalam filem ini juga, wabak itu dikatakan bermula di Hong Kong.

Jadi ia seakan lebih kurang sama dengan virus Covid-19.

Virus dalam filem Contagion ini juga merupakan novel virus di mana virus tersebut tidak pernah dijumpai sebelum ini.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa filem ini tiada kaitan dengan ramalan wabak Covid-19 sebab filem ini juga diinspirasikan daripada wabak selesema burung.

Pesakit wabak dalam filem ini akan mengalami sawan dan mulut mereka akan berbuih-buih sebelum mati secara tiba-tiba.

Rata-rata netizen mempunyai pelbagai reaksi mengenai filem Contagion ini.

Sejauh mana kesahihan filem ini dalam meramalkan kejadian wabak yang sedang dihadapi sekarang tidak dapat dipastikan.

Namun, anda boleh tonton filem ini memandangkan anda mempunyai banyak masa di rumah sekarang ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]