Hamzah SUA baru PPBM selepas Marzuki dipecat?

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin dikatakan akan dilantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sebagai setiausaha agung baru parti itu, menggantikan Senator Marzuki Yahya yang diberhentikan serta-merta, kata sumber.

Surat pemberhentian yang dilihat FMT, bertarikh 18 Mac, tidak menyatakan sebab-sebab pemberhentian Marzuki, yang dibuat selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti.

“Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan dan khidmat bakti saudara sepanjang saudara memegang jawatan setiausaha agung PPBM,” kata surat yang ditandatangani Muhyiddin itu.

Menurut sumber, Hamzah sudah menerima pelantikan sebagai setiausaha agung baru.

FMT sedang menghubungi PPBM dan individu berkenaan untuk pengesahan.