Terbaik… India mula kenakan cop tangan bagi yang perlu dikuarantin di rumah

Seorang lelaki India menunjukkan tangannya yang dicop, dia perlu di kuarantin elak Covid-19. (Gambar nypost.com)

Tindakan mengenakan cop tangan pada setiap penduduk di India, menunjukkan betapa seriusnya arahan kuarantin di rumah.

Sehingga kini 4 individu ditangkap atas kesalahan melanggar arahan tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, cop tersebut tertera dengan jelas perkataan “home quarantined” dan juga tarikh tempoh kuarantin yang dikenakan iaitu selama 14 hari.

Ibu negara India, Mumbai yang menempatkan 18 juta penduduk itu menggunakan slogan “Proud to Protect Mumbaikars” agar setiap orang mengambil perhatian bagi menghentikan penyebaran virus Covid-19.

Menurut laporan New York Post, penggunaan cop tersebut dimulakan Isnin lepas selepas kerajaan Maharashtra yang merupakan “rumah” kepada Mumbai menerima 137 kes positif Covid-19.

Mereka yang diarahkan untuk dikuarantinkan tetapi tidak mahu tinggal di hospital atau hotel dan ingin pulang ke rumah, mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab.

Arahan kuarantin akan memastikan tiada sesiapa yang berada di luar dengan bebas dan wajib untuk mematuhi peraturan kuarantin dengan tegas.

Tindakan drastik ini berlaku apabila pakar berpendapat negara dengan jumlah penduduk sebanyak 1.3 bilion ini boleh menjadi sasaran global untuk virus itu merebak dan menyebabkan lebih banyak kematian.

Penangkapan individu yang melanggar arahan kuarantin dikesan apabila mereka menaiki tren ketika tempoh kuarantin dijalankan berdasarkan cop yang terdapat di tangan mereka.

Individu tersebut memperoleh cop tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai selepas pulang dari Jerman.

Mereka perlu melakukan proses pengasingan kerana risiko ketika berada di negara Eropah.

Selepas dibawa ke hospital kerajaan untuk melakukan ujian saringan dan didapati negatif, kuarantin tetap juga dijalankan untuk mengelakkan sebarang risiko penyebaran virus dengan lebih cepat.

India setakat ini mencatatkan 166 kes positif dan 3 kematian akibat Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]