Covid-19: Mesir tutup masjid, gereja

Seorang penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. (Gambar AP)

KAHERAH: Mesir mengarahkan masjid-masjid dan gereja-gereja ditutup pada Sabtu bagi menghalang penyebaran Covid-19, selepas ia menggesa kerajaan mengikuti negara Islam lain yang berdekatan.

Mesir setakat ini merekodkan 285 kes Covid-19 yang disahkan termasuk 8 kematian.

Pengguna media sosial mengkritik kerajaan kerana tidak membatalkan solat Jumaat dan mass mingguan di mana ratusan rakyat berkumpul di masjid dan gereja.

Kementerian Pembiayaan Islam berkata ia akan menutup semua masjid selama 2 minggu “untuk keperluan memelihara jiwa” namun membolehkan laungan azan melalui pembesar suara.

Mesir mempunyai lebih dari 100,000 masjid di seluruh negara.

Terdahulu, Al-Azhar, pihak berkuasa tertinggi Sunni Mesir, berkata ia akan menutup masjid bersejarahnya di Kaherah bermula Sabtu “untuk keselamatan para jemaah, dan sehingga wabak Covid-19 berakhir”.

Pada 15 Mac, Majlis Ulama Kanan Al-Azhar berkata kerajaan mempunyai hak untuk menutup masjid “untuk melindungi rakyat dari Covid-19”.

Gereja Koptik Ortodok negara itu pada Sabtu mengarahkan semua gerejanya ditutup dan menggantungkan massnya selama 2 minggu disebabkan kebimbangan Covid-19, katanya dalam satu kenyataan.

Setiap kariah hanya diberi 1 gereja untuk upacara pengebumian dan khutbah dihadkan kepada keluarga si mati.

Penganut Kristian mewakili kira-kira 10% daripada 100 juta penduduk Mesir, menurut anggaran tidak rasmi.

Majoriti penganut Kristian negara itu berfahaman ortodok.

Gereja Katolik Coptic mengikuti pendekatan yang sama dan mengarahkan penganutnya berdoa di rumah pada Sabtu sehingga notis selanjutnya.

Gereja-gerejanya akan dibuka untuk upacara pengebumian sahaja yang dihadkan kepada ahli keluarga.