Palestin catat kes pertama Covid-19

Kakitangan kesihatan menyembur cecair penyahjangkitan di depan kedai di Bandar Gaza. (Gambar AP)

GAZA: Dua kes pertama Covid-19 disahkan di Semenanjung Gaza yang padat dengan penduduk, kata pegawai kesihatan Palestin pada Ahad.

Dua warga Palestin yang berkunjung ke Pakistan dan memasuki Gaza melalui Mesir diuji positif virus itu pada Sabtu dan dikuarantin di Rafah, bandar berhampiran sempadan Mesir, sejak kepulangan mereka pada Khamis, kata kementerian kesihatan Gaza.

Sekolah-sekolah, pasar awam dan dewan acara semuanya ditutup di Gaza sejak 2 minggu lalu untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

Wilayah pesisir pantai sepanjang 375km persegi menjadi tempat tinggal kira-kira 2 juta rakyat Palestin di mana kadar kemiskinan dan penganggurannya tinggi.

Sekatan yang diketuai Israel meletakkan sekatan terhadap pergerakan orang awam dan barangan selama bertahun-tahun, di tengah-tengah kebimbangan keselamatan susulan pengambilalihan Gaza pada 2007 oleh kumpulan militan Islam Hamas.

Minggu lalu, Hamas berkata ia hanya membenarkan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan segera di luar Gaza untuk menyeberang ke Mesir atau Israel. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 53 kes Covid-19 disahkan di Tebing Barat.