Tidak bertanggungjawab, curi ‘hand sanitizer’ daripada hospital!

Seorang pelayar Twitter tanpa malu bagi tahu ambil ‘hand sanitizer’ daripada hospital dan mendapat kecaman netizen.

Tatkala semua pihak mencuba untuk membendung penularan wabak Covid-19 terutama bagi mereka yang berada di barisan hadapan seperti petugas kesihatan, ada juga sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

Apa yang dilakukan sangat tidak bertanggungjawab malah menerima kecaman netizen apabila seorang pengguna media sosial dengan bangganya memuat naik posting mengambil “hand sanitizer” daripada hospital.

Sudah pasti perkara kecil dan remeh yang berlaku ini akan menyukarkan lagi usaha negara kita untuk pulih daripada Covid-19 secara sepenuhnya.

Sememangnya diketahui umum cara untuk mencegah atau elak daripada dijangkiti Covid-19 dengan mengambil langkah-langkah tertentu iaitu mencuci tangan menggunakan hand sanitizer.

Twitter gadis itu mendapat kecaman ramai kerana sebelum ini sememangnya ramai yang mencuri botol hand sanitizer hospital dan ini menyebabkan hospital enggan meletakkan botol hand sanitizer yang sering dicuri pelawat.

Sikap mementingkan diri sendiri seperti ini adalah sangat tidak perlu di saat negara sedang menghadapi wabak.

Secara teknikalnya, perbuatan itu sudah pastinya adalah satu kesalahan memandangkan tujuan ia disediakan adalah untuk kegunaan petugas hospital serta pesakit dan pelawat yang datang ke sana.

Kejadian mengambil hand sanitizer yang disediakan di hospital ini diakui memang berlaku malah ada wad yang kini kehabisan cecair tersebut akibat perbuatan tidak bertanggunjawab pelawat.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan patuhilah segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan ketika ini.

Bersama- samalah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menghapuskan penyebaran wabak berbahaya ini secepat mungkin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]