Wow… Gadis Beijing fasih cakap Melayu beri tip elak Covid-19

Gadis Beijing yang dikenali sebagai Husna Liang sangat fasih bertutur bahasa Melayu meskipun ketika ini bekerja di Radio Antarabangsa China.

Siapa sangka apabila seorang rakyat warganegara China boleh membuat laporan di negaranya dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan lancar sekali.

Seorang gadis dari Beijing China yang dikenali sebagai Husna Liang berkongsi bagaimana hendak mengharungi Covid-19 jika berada di tempat awam.

Video ini dimuat naik pada 18 Mac lepas, di saat jumlah mereka yang positif Covid-19 semakin meningkat dan merebak ke seluruh Malaysia.

Ekoran terpanggil dengan penyebaran wabak itu di negara ini, Husna yang kini berada di Beijing China berkongsi bagaimana masyarakat disana mengamalkan sikap jika berada di tempat awam untuk rujukan kita.

Untuk pengetahuan, Husna ini bekas penuntut di Universiti Malaya selama 4 tahun dan kini bekerja di Radio Antarabangsa China.

Ramai yang puji dengan betapa faishnya Husna bertutur Bahasa Melayu, bahkan ada yang sampai terharu mendengarnya.

Malah ramai yang puji dia layak jadi pembaca berita.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]