Kelakar… ‘Ketua keluarga’ yang panik beli barang bukan ‘pembelian panik’

Seorang pembeli lelaki berada di pasar raya untuk membeli barang keperluan.

Di saat Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan, pelbagai peristiwa lucu yang dikongsi di media sosial menceritakan pengalaman setiap keluarga.

Antara yang paling banyak kena troll tentulah bagi lelaki atau lebih tepat suami yang juga ketua keluarga.

Di saat inilah ujian paling besar bagi kaum itu yang sebelum ini langsung tidak pernah ambil berat urusan rumah tangga yang hanya diuruskan oleh isteri.

Penekanan yang diberikan Menteri Kanan (Infrastruktur), Fadillah Yusof Sabtu lalu berhubung hanya seorang atau ketua keluarga yang dibenarkan keluar rumah, membuatkan situasi agak panik bagi semua suami.

Malah, kerajaan menetapkan peraturan itu hanya untuk urusan penting seperti membeli barang keperluan dan ubat-ubatan.

Salah seorang pembeli dilihat sedang meneliti jenama barang yang hendak dibeli.

Namun kebiasaannya, kaum isteri terutamanya suri rumah yang keluar membeli barangan keperluan terutama bahan mentah untuk dimasak buat seisi keluarga.

Dan “tugasan” membeli bahan mentah yang dipesan isteri disaat arahan yang dikeluarkan ini menjadikan cabaran baharu buat golongan suami yang perlu membezakan jenis-jenis ikan, sayur dan rempah serta ramuan lain.

Beberapa posting di Twitter ternyata mencuit hati apabila isteri mula berkongsi kerenah suami yang keluar membeli barang sendirian tanpa ditemani.

Posting pengguna Twitter menceritakan pengalaman suami masing-masing.

Posting MokcikNab Derumah: “Dah biarkan ‘head of family’ go grocery shopping. Tuhan tolonglah saya suami saya balik ke rumah dengan membawa 5 kampit tepung pulut, 2 tiub ais krim, 5kg fuchuk, 3 sikat pisang dan banyak kunyit kerana dia percaya kononnya masakan singgang mampu cegah Covid-19. Kerajaan hanya benarkan lelaki untuk membeli belah tanpa dipantau sememangnya menghuru-harakan keadaan.”

Salah seorang lagi pengguna Twitter Carolin Anthony pula berkongsi, “Tadi pukul 2pm saya tulis senarai barang untuk dibeli, bersama jenama dan bilangan. Akhirnya dia mengalah dan minta untuk ikut sama. Tapi saya jawab ketua keluarga sahaja yang boleh pergi namun dia jawab sanggup bagi tahu polis yang isterinya lah ketua keluarga dan dia hanya pemandu. Bukan satu perkara yang mudah”.

Posting Facebook seorang netizen.

Manakala salah satu posting di Facebook pula berkongsi, “Dah macam ‘treasure hunt’ pula aku rasa. Masing-masing tengok kertas, check point banyak woi kena cari sampai dapat. Isteri masing-masing buat senarai barang apa yang perlu dibeli. Rasa was-was ambil gambar WhatsApp kepada isteri. Lagi dahsyat ada yang buat video call.”

Ada juga yang melabelkan pembelian panik ini sebenar apabila “ketua keluarga” yang perlu membeli barang dapur seorang diri.

Bagaimanapun posting seorang guru, Mohd Fadli Salleh di Facebook berkongsi tip bersama kaum suami elak daripada dimarahi isteri sekiranya tersilap membeli barang yang dipesan.

“Ingat semua suami sekalian. Hanya ketua keluarga sahaja yang boleh keluar rumah beli barang keperluan asas. Jadi, wajib kenal antara lengkuas dan halia, sayur bayam dan sawi.

“Kita ada satu jawapan paling agung untuk elak kena marah jika tersilap beli. ‘Abang, kenapa beli lengkuas. Ayang suruh beli halia kan? Ni kenapa sawi? Bayamlah? Ikan kembung, bukan ikan mabong!” katanya yang merujuk kepada pertanyaan isteri.

Dia kemudian memberikan jawapannya sebagai respons: “Lengkuas habis. Jadi, abang ambil halia. Sama juga bayam, habis juga.

“Abang ambil sawi. Ikan mabong je tinggal kat pasar tadi. Ikan lain semua dah berenang ke kuali rumah orang lain’… Haaa, simpan jawapan keramat ni tau. Ini rahsia kita-kita aja,” ujarnya secara berseloroh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]