Jangan panik… Beli roti ikut keperluan, Gardenia akan terus bekalkan seperti biasa
Gardenia Bakeries beri jaminan akan terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai-kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Tidak dapat dinafikan roti juga merupakan makanan ruji selain nasi bagi rakyat Malaysia.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan ketika ini, pastinya pelbagai resepi sedang dicuba bagi mengisi masa terluang di rumah termasuklah menggunakan bahan seperti roti.
Sehubungan itu, roti ketika ini habis terjual hampir di semua kedai dan pasaraya sehingga menyebabkan netizen tercari-cari kedai yang masih memiliki stok jual roti terutama sekali roti berjenama Gardenia.
Menurut satu kenyataan, syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd iaitu pengeluar roti Gardenia di Malaysia semalam memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.
Difahamkan, pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.
Malah, pihak Gardenia tidak dapat menambah bekalan produk di pasaran tetapi masih akan terus menghasilkan roti dan produk-produk lain setiap hari.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memberi jaminan akan terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai-kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengeluar roti terkemuka itu juga menggesa pengguna supaya bertenang serta membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.
“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 (24 jam sehari, tujuh hari seminggu) untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.
“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di [email protected],” katanya.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Terkini, pihak Gardenia mengatakan bahawa pengeluaran produknya akan dilakukan seperti biasa.
Malah, syarikat tersebut akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]