Lindungi diri anda daripada jangkitan Covid-19 dengan patuh arahan KKM!

Sesiapa sahaja keluar beli barang keperluan dapur seelok-eloknya memakai topeng.

Bermula dengan kes pertama yang disahkan positif Covid-19 dilaporkan pada 25 Januari lalu membuatkan kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac dan kini dilanjutkan pula sehingga ke 14 April.

Lanjutan arahan ini berikutan masih ada yang berdegil dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, selaras dengan perintah kawalan pergerakan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk patuhi arahan dan berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaanya dengan mengamalkan langkah-langkah mudah untuk melindungi diri daripada dijangkiti virus Covid-19.

1. Pastikan jarak yang selamat

Tidak kiralah di rumah, tempat kerja ataupun di mana saja anda berada, pastikan anda menjaga jarak sosial 1m antara satu sama lain kerana jarak mampu mengelakkan penyebaran Covid-19.

2. Lakukan pembayaran secara payWave

Jika anda perlu melakukan pembayaran, sebaik-baiknya anda menggunakan payWave di semua kedai.

Kaedah ini bukan sahaja lebih pantas dan selamat malah ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berada di kaunter bayaran serta tiada sebarang sentuhan berlaku dengan juruwang.

Pasar Chow Kit disanitasi oleh pasukan Alam Flora elak virus Covid-19.

3. Berinteraksi menggunakan media sosial

Sudah pasti larangan untuk keluar daripada rumah membuatkan anda tidak dapat berjumpa dengan yang tersayang termasuklah ibu bapa di kampung halaman.

Sehubungan itu manfaatkanlah segala platform media yang ada seperti media sosial dan aplikasi video untuk kekal berhubung dengan yang tersayang.

4. Tak perlu bersalam

Polis dan tentera bekerjasama sekat pergerakan orang ramai dan menasihatkan untuk duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Dalam situasi kritikal seperti sekarang, jika berjumpa keluarga atau orang yang anda kenal, jangan sekali-kali bersalaman atau membuat sebarang sentuhan.

Cukup sekadar dengan letakkan tangan di dada dan ucapkan salam!

Marilah kita semua sama-sama patuhi arahan kerajaan dan jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam memerangi wabak Covid-19!

Sama-samalah kita putuskan rantaian Covid-19 dan buktikan Malaysia mampu lakukannya dengan sikap bertanggungjawab daripada semua.

Untuk sebarang info lanjut, layari www.infosihat.gov.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]