Putera Charles disahkan positif Covid-19

Pewaris takhta Britain, Putera Charles.

LONDON: Putera Charles, pewaris takhta Britain, didapati positif coronavirus, kata kediaman rasminya.

Charles, anak sulung Ratu Elizabeth, berusia 71 tahun.

“Prince of Wales diuji positif koronavirus,” kata Clarence House dalam satu kenyataan. “Beliau menunjukkan gejala ringan namun masih kekal dalam keadaan sihat dan bekerja dari rumah sepanjang beberapa hari lalu seperti biasa.”

“Duchess of Cornwall juga diuji tetapi tidak mempunyai virus itu,” kata Clarence House. Putera itu dan isterinya, Camilla, mengasingkan diri di kediaman mereka di Scotland.

“Adalah mustahil untuk mengesan daripada siapa putera mendapat virus itu disebabkan jumlah perhubungan yang tinggi dilakukannya ketika melaksanakan peranan awam beberapa minggu kebelakangan ini.”