Usaha bantu perangi Covid-19, Rihanna sumbang RM22 juta

Rihanna menerusi Yayasan Clara Lionel menyumbang RM22 juta sebagai bantuan Covid-19. (Gambar Reuters)

Setiap hari semakin ramai yang prihatin dengan pelbagai masalah yang dihadapi ekoran penularan wabak Covid-19.

Ia termasuklah yayasan milik Rihanna yang kini menyumbang kira-kira RM22 juta kepada pelbagai organisasi bagi perangi Covid-19.

Menurut laporan CNN, Yayasan Clara Lionel mengumumkan sumbangan itu dalam satu kenyataan.

“Apabila ia mula tersebar kita tidak pernah terfikir bagaimana Covid-19 ini akan mengubah kehidupan kita secara tiba-tiba.

“Tidak kira siapa anda atau di mana anda berada, pandemik ini akan menjejaskan kita semua,” katanya.

Hasil sumbangan itu akan disalurkan kepada bank makanan, mempercepat ujian di negara-negara seperti Haiti dan Malawi, dan peralatan perlindungan untuk pekerja-pekerja kesihatan barisan hadapan.

Yayasan Clara Lionel yang ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai penghormatan kepada datuk neneknya, bagi menyalurkan dana pendidikan dan program tindak balas kecemasan di seluruh dunia.

Selain Rihanna, pasangan selebriti Ryan Reynolds dan Blake Lively juga menyumbang RM4 juta kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu di Amerika Syarikat dan Kanada.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]