Ingat rakyat Malaysia degil rupanya warga Britain lagi teruk bersesak dalam London Tube!

London Tube sesak dengan warga London yang pulang daripada kerja dan keadaan ini sangat membimbangkan.

Britain telah mengumumkan perintah berkurung selama 3 minggu, mulai 23 Mac baru-baru ini sebagai usaha memperlahankan penularan jangkitan Covid-19.

Menurut Mirror.co.uk, keputusan itu seiring amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai ancaman wabak tersebut di seluruh dunia.

Sebelum ini kita nampak kedegilan segelintir rakyat Malaysia yang ingkar dengan arahan kerajaan namun rupanya, rakyat di sana juga sama!

Viral di Twitter menunjukkan keadaan di London Tube yang dipenuhi orang ramai dan gerabak keretapi juga dilihat padat dengan penumpang.

Tidak semua rakyat Britain yang patuh dan suasana itu membuktikan masih ramai yang memilih untuk tidak mengendahkan arahan kerajaan UK.

Dalam beberapa gambar yang viral, orang ramai dilihat bersesak di dalam koc keretapi di mana bukan saja tempat duduk penuh malah ramai yang berdiri dan berlaga bahu ke bahu.

Perkara itu telah mendapat perhatian datuk bandar London, Sadiq Khan yang meminta semua mematuhi arahan kerja.

Posting salah seorang di laman Twitter yang bimbang dengan penularan Covid-19 akan menjadi lebih buruk.

Sebagai contoh, majikan digalakkan untuk membenarkan staf bekerja dari rumah jika tiada keperluan.

Selain itu, orang ramai juga diseru untuk tidak menggunakan pengangkutan awam jika mahu ke mana-mana jika tiada kepentingan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]