Muhyiddin sah Hamzah SUA PPBM baru ganti Marzuki

Pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung PPBM baru disahkan hari ini. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengesahkan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung baru parti itu menggantikan Senator Marzuki Yahya.

Marzuki diberhentikan daripada jawatan tinggi itu berkuatkuasa 18 Mac.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Marzuki atas khidmat beliau sebagai setiausaha agung.

“Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Hamzah,” katanya dalam kenyataan hari ini.