Tip ‘perlindungan diri’ daripada Covid-19 ketika di mesin ATM

Setiap orang pasti akan pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang bagi membeli barang keperluan.

Penularan wabak Covid-19 terus mencatatkan peningkatan!

Malah perintah kawalan pergerakan pula diumumkan disambung sehingga 14 April supaya dapat memutuskan rantaian penyebarannya.

Selain mengamalkan kebersihan dalam semua aspek dengan sentiasa membasuh tangan serta menggunakan hand sanitizer mungkin kita terlepas pandang beberapa perkara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran iaitu mengeluarkan duit daripada mesin ATM.

Ia pasti akan dilakukan sesiapa sahaja memandangkan wang amat diperlukan untuk urusan sebarang pembelian.

Sehubungan itu sangat penting untuk diingatkan bahawa penjagaan kebersihan tangan juga perlu dipraktikkan ketika anda berada di kawasan ATM kerana ia kawasan yang banyak melibatkan sentuhan orang ramai terutamanya di mesin itu sendiri.

Jadi, persediaan awal perlu dilakukan supaya anda kekal tenang dan terhindar dari wabak berbahaya ini.

Pastikan juga supaya anda amalkan “sosial distance” ketika beratur.

(Gambar FB Muhammad Zaipul)

1. Bungkus hujung pen menggunakan tisu atau tisu Basah.

(Gambar FB Muhammad Zaipul)

2. Tekan butang dan skrin guna pen yang dibungkus.

(Gambar FB Muhammad Zaipul)

3. Setelah selesai, buang tisu yang digunakan.

(Gambar FB Muhammad Zaipul)

4. Lap tangan menggunakan tisu basah kedua.

Begitulah…Covid-19 bukanlah merebak/berjangkit melalui udara, tapi lebih kepada sentuhan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]