Biar betul… Drama Korea 2018 sudah meramalkan tercetusnya wabak Covid-19!

Salah satu babak yang membincangkan mengenai koronavirus di antara doktor dan ejen NIS.

Virus Covid-19 yang semakin menular ke seluruh dunia kini menjadi pandemik yang paling ditakuti.

Punca tercetusnya wabak ini terus menjadi topik hangat di kalangan para saintis, pakar perubatan dan sains.

Ada yang mengatakan ia berpunca daripada pemakanan haiwan liar seperti kelawar dan ular malah ada juga yang mengatakan ia senjata biologi hasil ciptaan manusia sendiri.

Bagaimanapun persoalan itu sehingga kini masih belum dapat dirungkai.

Namun baru-baru ini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat drama Korea kerana terdapat satu babak yang secara terang-terangan membincangkan mengenai wabak koronavirus yang ketika ini dikenali sebagai Covid-19.

Drama Korea My Secret, Terrius yang diterbitkan pada 2018 kini hangat diperkatakan kerana ada menyebut mengenai koronavirus.

Yang menjadi persoalan drama Korea terbitan MBC bertajuk “My Secret, Terrius” dan disiarkan pada 27 September 2018 mengenai seorang wanita bernama Go Ae Rin (Jung In-Sung) yang kehilangan suaminya serta ejen National Intelligence Service (NIS) manakala Kim Bon (So Ji-Sub), bekas ejen pengintip, dalam episod ke-10 mereka ada memperkatakan mengenai virus itu.

Mereka berdua bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran tentang kematian suami Go Ae Rin yang nampaknya terlibat dalam konspirasi besar.

Dalam episod 10, seorang doktor dilihat sedang memberi penjelasan mengenai koronavirus yang menyerang paru-paru dalam masa singkat.

Doktor itu turut mengatakan serangan koronavirus melalui pernafasan dan lebih berbahaya daripada MERS.

Doktor: Kita perlu melakukan lebih banyak kajian, tetapi ia kelihatan seperti mutan koronavirus.

Ejen NIS: Korona? Sama macam MERS?

Doktor: MERS, SARS hanyalah selsema biasa. Mereka semua dalam satu kategori dan mempunyai maklumat gen yang sama. Koronvirus serang saluran pernafasan. Ketika epidemik MERS serang pada 2015 kematian yang dicatatkan hanya 20%.

Ejen Nis: Tetapi itu tidak cukup serius untuk digunakan sebagai senjata. Adakah saya salah?

Doktor: Seperti yang saya katakan, ini adalah virus mutan. Seseorang telah melakukan sesuatu untuk meningkatkan kadar kematian kepada hampir 90%.

Ejen NIS: 90%?

Doktor: Apa yang lebih serius ialah koronavirus mempunyai tempoh pengeraman antara 2 hingga 14 hari. Virus itu dimanipulasi untuk menyerang paru-paru secara langsung dalam tempoh hanya 5 minit selepas ia terdedah.

Berdasarkan daripada penerangan doktor dalam drama Korea ini secara ringkas ia sudah dibincangkan pada 2018 sebelum virus itu tersebar di Wuhan.

Ia seolah menunjukkan koronavirus sebenarnya telah direka untuk dihantar kepada manusia.

Sehingga kini Malaysia telah mencatatkan 2,031 kes dan 24 kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]